fbpx
Gambar fail bertarikh 12 Mac 2024 menunjukkan kapal frigat IRIS Dena. - AFP

Kapal perang Iran karam di luar perairan Sri Lanka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Sri Lanka menyelamatkan 32 kelasi yang cedera parah daripada kapal frigat Iran, IRIS Dena, yang karam hari ini di luar perairan wilayah pulau itu, kata Menteri Luar, Vijitha Herath.

Tiada maklumat segera mengenai punca letupan yang menenggelamkan kapal itu, tetapi Herath memberitahu parlimen bahawa kelasi yang cedera dibawa ke hospital di selatan negara tersebut.

Frigat 180 anak kapal itu membuat panggilan kecemasan pada waktu subuh.

Kementerian Pertahanan Sri Lanka berkata, ia sedang mencari anak kapal IRIS Dena yang lain, yang karam kira-kira 40 kilometer di selatan pulau itu.

“Kami sedang meneruskan pencarian, tetapi kami belum tahu apa yang berlaku kepada anak kapal yang lain,” kata seorang pegawai kepada AFP, sekali gus mengurangkan prospek untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat.

Herath berkata, dua kapal tentera laut Sri Lanka dan sebuah pesawat telah dikerahkan untuk operasi menyelamat, tetapi tidak menyatakan apa yang menyebabkan kapal perang Iran itu karam.

Seorang penggubal undang-undang pembangkang bertanya di parlimen sama ada kapal itu telah dibom sebagai sebahagian daripada serangan AS-Israel yang berterusan terhadap Iran, tetapi tiada respons segera daripada kerajaan.

Jurucakap Tentera Laut, Buddhika Sampath berkata, operasi mereka adalah selaras dengan tanggungjawab maritim Sri Lanka.

“Kami bertindak balas terhadap panggilan kecemasan di bawah tanggungjawab antarabangsa kerana ia berada dalam kawasan mencari dan menyelamat kami di Lautan Hindi,” kata Sampath kepada AFP.

Kedua-dua tentera laut Sri Lanka dan tentera udara berkata, mereka tidak akan mendedahkan rakaman penyelamatan itu kerana ia melibatkan tentera negara lain.

Polis meningkatkan keselamatan di luar hospital Galle apabila rakyat Iran yang cedera dibawa ke sana oleh tentera laut tempatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN