fbpx
NORHASLINDA (kiri) mencium baju arwah suaminya sambil ditenangkan jawatankuasa CSM Perlis, Dr. Fatanah Deraman di Padang Besar, hari ini.

‘Dulu suami jaga saya, sekarang dia sudah tiada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADANG BESAR – Aidilfitri kali ini menjadi detik paling sukar buat Norhaslinda Mohd. Jusoh, 51, selepas suaminya, Zulkeple Muhammad meninggal dunia akibat kanser prostat tahap empat pada usia 59 tahun, 15 Disember lalu .

Menurut Norhaslinda, arwah sebelum itu bertarung dengan penyakit tersebut kira-kira setahun dan menghembuskan nafas terakhir selepas lebih lapan bulan keluar masuk hospital.

“Ketika saya disahkan menghidap kanser pangkal rahim tahap tiga pada Julai 2022, suamilah yang setia menjaga dan memberi semangat sepanjang menjalani pembedahan serta enam kitaran kemoterapi.

“Dia jaga saya sampai pulih. Doktor maklumkan sel kanser sudah tidak aktif pada Mei tahun lalu dan kami sangat gembira,” katanya yang menerima kunjungan Cancer Survivors Malaysia (CSM) di rumahnya di Rancangan Perumahan Awam Padang Besar di sini hari ini.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak lama apabila suaminya pula disahkan menghidap kanser prostat tahap empat hanya beberapa hari kemudian dan hanya rawatan paliatif mampu diberikan.

“Keadaan arwah semakin merosot apabila kanser merebak sehingga menyebabkan tulang kakinya hancur dan dia terlantar menahan kesakitan sebelum meninggal dunia di rumah.

“Dulu abah jaga mama, sekarang mama pula kena jaga abah,” katanya ketika mengimbau kata-kata suaminya yang masih terngiang-ngiang di telinga.

Walaupun kehilangan insan tersayang selepas 34 tahun hidup bersama, Norhaslinda cuba bangkit demi tiga anak mereka termasuk anak bongsu berusia sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN