fbpx
BAGNAIA sekadar menamatkan perlumbaan GP Thailand hujung minggu lalu di tangga kesembilan. - AFP

Bagnaia dakwa jentera Ducati perlahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BURIRAM – Juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia membuat pengakuan berani apabila menyifatkan Ducati bukan lagi jentera terpantas di grid selepas aksi hambar di Grand Prix (GP) Thailand hujung minggu lalu.

Pelumba Itali itu menamatkan perlumbaan di tangga kesembilan, jauh daripada reputasi terbaik Ducati sejak dua musim lalu sambil menyifatkan dua pencabar seperti Aprilia dan KTM sudah melonjak dari segi prestasi.

“Kami bukan lagi yang terpantas. Aprilia tampil sangat kuat dan KTM juga semakin laju walaupun litar ini sepatutnya sesuai dengan kami. Yang lain meningkat, kami pula seakan merosot,” kata Bagnaia.

Mengulas mengenai perlumbaan mencabar di Litar Buriram itu, pelumba dari Itali berkenaan mendedahkan bahawa pengurusan tayar menjadi penghalang utama buatnya.

“Saya perlu jaga tayar dan tak pernah ada peluang sebenar untuk menyerang. Lapan pusingan terakhir, tayar belakang mula berpusing pada gear kelima ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan.

“Saya gagal mengekalkan kelajuan konsisten yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan kedudukan,” jelasnya lagi.

Bagnaia bernasib baik kerana masih mampu menduduki kelompok sepuluh teratas, dibantu oleh nasib malang yang menimpa pesaingnya, Marc Marquez dan Alex Rins yang turut bergelut dengan masalah tayar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN