fbpx
BEREGU lelaki negara, Aaron Tai-Kang Khai Xing tampil cemerlang di All England 2026.

All England: Khai Xing-Aaron Tai benam beregu No. 4 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai mencipta kejutan pada Kejohanan Badminton All England selepas berjaya menyingkirkan gandingan ranking No. 4 dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, sebentar tadi.

Gandingan ranking No.33 dunia itu mempamerkan aksi luar biasa di Utilita Arena, Birmingham apabila menundukkan beregu berpengalaman dari India tersebut menerusi kemenangan straight sets 23-21, 21-12.

Pasangan berusia 19 tahun itu menamatkan perlawanan dalam masa 42 minit, untuk menjadi beregu lelaki pertama negara ke pusingan kedua pada edisi kali ini.

Terdahulu pada set kedua, Khai Xing-Aaron Tai tampil lebih dominan dan penuh keyakinan apabila mereka berjaya mematahkan serangan balas beregu India tersebut dan mengawal permainan dengan kemas sebelum mengesahkan kemenangan besar 21-12.

“Saya rasa sangat gembira kerana dapat memenangi perlawanan ini memandangkan ini adalah All England pertama kami. Jadi, kami cuma menikmati setiap perlawanan,” kata Khai Xing kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Menanti mereka di pusingan kedua, sama ada gandingan China, Chen Bo Yang-Liu Yi atau pemain Taiwan, He Zhi Wei-Huang Jui Hsuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN