PETALING JAYA – Tular satu rakaman video memaparkan pencuci mulut buko berwarna merah jambu bertekstur pekat seperti ‘slime’, sekali gus menarik perhatian netizen.
Menerusi hantaran oleh @Eykaalyahya di laman TikTok, buko berkenaan dilihat tidak lagi cair seperti kebiasaan, sebaliknya menjadi terlalu likat dan melekit apabila dicedok.
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai penjual buko tampil memberi penjelasan berhubung tekstur luar biasa tersebut.
“Saya penjual buko, kami kan pakai ‘whipping cream’ untuk rasakan dia lebih berlemak, tapi kalau bab smpai pekat ni tanda dah tak boleh dimakan. Selamat di tong sampah lah jawapannya. Dah, jangan makan nanti sakit perut. Tekstur begini biasa nya lebih daripada tiga hari dah tapi tuan kedai tak buang, simpan di peti sejuk,” kata @Syahirah.
Seorang lagi pengguna turut berkongsi pengalaman menjual pencuci mulut itu dan menasihatkan pelanggan supaya lebih peka sebelum membeli.
“Aku dulu jual buko, tips nak beli buko ni goncang bekas tu, kalau dia bunyi air, elok lah tu, kalau goncang tak ada bunyi air maknanya basi. Macam dalam video ni dah basi dah ni. Jangan makan ye wahai peminat buko,” ujar @Lala
Dalam pada itu, seorang lagi netizen turut menjelaskan tekstur terlalu pekat seperti dalam video berkemungkinan merupakan buko yang telah lama dihasilkan dan tidak selamat dimakan.
“Saya pernah niaga buko. Kalau tekstur sampai macam ni, ni bukan dua ke tiga hari punya pengeluaran. Mungkin dah capai seminggu. Mungkin kena cuaca panas penyebab basi,” jelas @Nrxdibx – KOSMO! ONLINE














