BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2026 /PRNewswire/ — UfiSpace, peneraju penyelesaian rangkaian terbuka, hari ini melancarkan portfolio rangkaian 1.6T yang dioptimumkan untuk AI di MWC Barcelona 2026 (Dewan 5, Reruai 5A61). Portfolio ini menangani keperluan skala, prestasi dan keselamatan bagi pelaksanaan AI berskala besar melalui suis AI fabric S9331-64HO serta platform pengagregatan selamat S9630-32HO.
Seiring peralihan infrastruktur AI ke arah seni bina skala hiper, reka bentuk rangkaian proprietari sering mengehadkan pertumbuhan dan meningkatkan kos. Model rangkaian terbuka UfiSpace membolehkan pengembangan kapasiti yang sejajar dengan permintaan beban kerja AI, sekali gus membantu pengendali mengoptimumkan pelaburan sambil mengekalkan keanjalan seni bina.
AI Fabric Berprestasi Tinggi dan Pengangkutan Selamat
S9331-64HO direka untuk memenuhi keperluan AI fabric backend (lapisan rangkaian dalaman berprestasi tinggi untuk kluster GPU). Dibina berasaskan cip Broadcom® Tomahawk 6, sistem ini menawarkan kapasiti pensuisan 102.4 Tbps bagi menyokong kluster GPU berketumpatan tinggi. Keupayaan pengurusan trafik lanjutan termasuk Penghalaan Mudah Suai dan kawalan kesesakan direka untuk memendekkan Masa Pelengkapan Tugas (JCT), meningkatkan kecekapan pengiraan serta mempercepatkan kitaran latihan AI.
S9630-32HO memperluas AI fabric ke lapisan pengangkutan. Dikuasakan cip Broadcom® Qumran 4D, platform ini menyediakan penyulitan MACsec dan IPsec pada kadar talian (line-rate), membolehkan pengagregatan selamat tanpa menjejaskan prestasi. Apabila digandingkan dengan optik OpenZR+, ia menyokong jarak penghantaran sehingga 400 kilometer, memenuhi keperluan Data Center Interconnect (DCI), iaitu sambungan berkapasiti tinggi antara pusat data AI serta pemodenan tulang belakang rangkaian merentas infrastruktur AI teragih.
Kelestarian dan Pelan Hala Tuju 1.6T
Walaupun platform rangkaian 1.6T menawarkan lebar jalur dan prestasi yang belum pernah dicapai sebelum ini, ia turut memperkenalkan cabaran signifikan dari segi haba dan penggunaan tenaga. Di MWC Barcelona, UfiSpace mempamerkan penyelesaian rangkaian sedia AI yang direka untuk menangani kekangan ini dalam pelaksanaan rangkaian berketumpatan tinggi. Syarikat juga akan mendemonstrasikan penyelesaian penyejukan cecair termaju di OFC 2026 di Los Angeles (17–19 Mac), yang direka untuk meningkatkan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) serta menyokong keperluan haba bagi antara muka rangkaian optik 1.6T generasi seterusnya.
AKHIR PENGUMUMAN
Latar Belakang UfiSpace
UfiSpace ialah penyedia terkemuka penyelesaian rangkaian terbuka untuk telekomunikasi, penyedia perkhidmatan awan dan pusat data skala hiper. Dengan memanfaatkan cip rangkaian komersial yang tersedia secara terbuka di pasaran (merchant silicon) dan seni bina terpisah (disaggregated architecture), UfiSpace membolehkan pelanggan membina rangkaian generasi seterusnya yang lebih tangkas, boleh diskala dan menjimatkan.
Ikuti kami di saluran media sosial kami: LinkedIn, Facebook, dan YouTube
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4887811_MS87811_6














