fbpx
Mohamad meninggalkan pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah, pada pukul 4.11 petang tadi. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

TKM I Pulau Pinang tinggalkan pejabat SPRM selepas 6 jam beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri (TKM) I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 4.11 petang tadi selepas memberi keterangan selama enam jam.

Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dilihat keluar dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 berwarna putih.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan SPRM memanggil 63 individu berhubung kes salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah dan menyalahgunakan wang zakat untuk bayaran baki pinjaman perumahan.

Mereka yang dipanggil termasuklah TKM I Pulau Pinang.

Menurut sumber, SPRM mempergiatkan siasatan yang dimulakan pada pertengahan Januari lalu dengan membuat semakan ke atas akaun disyaki terbabit rasuah.

Katanya, antara individu yang dipanggil untuk dirakam keterangan ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri, Mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Penasihat undang-undang, pegawai serta kakitangan Ahli Majlis Agama Islam Negeri.

Turut dipanggil Ahli Lembaga Zakat, pegawai dan kakitangan zakat negeri.

Pada Januari lalu, SPRM Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.

Ini susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam persidangan dewan undangan negeri pada penghujung tahun lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI