fbpx
Gambar hiasan

Tiada jemaah umrah Andalusia terkandas di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada jemaah umrah di bawah syarikat Andalusia Travel & Tours terkandas di Jeddah, Arab Saudi seperti yang tular, susulan konflik di Asia Barat ketika ini.

Andalusia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, semua jemaah kendalian syarikat itu dalam keadaan selamat dan mereka kini berada di Mekah.

“Operasi umrah berjalan seperti biasa dengan pemantauan rapi dan koordinasi bersama pihak berkaitan,” menurut hantaran Andalusia hari ini.

Dalam pada itu, Andalusia akan membuat sidang media secara langsung pada Facebook pukul 6 petang ini bagi memberi penjelasan rasmi mengenai status penerbangan, operasi dan keselamatan jemaah.

“Sila rujuk saluran rasmi Andalusia untuk maklumat sahih. Terima kasih atas kepercayaan anda,” kata Andalusia.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memulakan sesi libat urus peringkat tertinggi dengan syarikat penerbangan komersial bagi mempercepatkan pengaturan penerbangan pulang rakyat Malaysia termasuk jemaah umrah yang terkandas di Arab Saudi.

KLN dalam satu kenyataan memaklumkan, pada masa sama, status semua jemaah serta pelajar transit yang berdepan kelewatan perjalanan itu turut dilaporkan selamat.

Kenyataan itu memaklumkan, walaupun situasi keselamatan keseluruhan dan ruang udara kekal stabil serta beroperasi di Arab Saudi, sejumlah besar jemaah Malaysia serta sekumpulan pelajar transit sedang mengalami kelewatan perjalanan akibat penggantungan beberapa penerbangan komersial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI