fbpx
Syed Saddiq.

Syed Saddiq mahu bersih nama, tolak bertanding jawatan Presiden Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak akan akan bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan kepimpinan sulungnya.

Ahli Parlimen Muar itu memaklumkan tindakan itu diambil susulan kes rasuah yang sedang dihadapinya dan kini berada di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat berlandaskan prinsip bahawa Muda dan Malaysia memerlukan kepimpinan yang benar-benar bersih.

“Saya masih berpegang teguh pada prinsip bahawa Muda dan Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih putih daripada putih.

“Sehingga nama saya dibersihkan sepenuhnya dan secara muktamad, adalah tidak wajar untuk saya memohon apa-apa jawatan yang boleh mengalih perhatian, memecah-belahkan atau menggagalkan gerakan yang kita mulakan bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan jawatankuasa pemilihan pusat parti itu mengumumkan 31 calon termasuk Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz telah disahkan layak bertanding dalam pemilihan kali ini selepas pencalonan ditutup pada pukul 9 malam, 28 Februari lalu.

Bagaimanapun, hari pemilihan akan diadakan pada 14 Mac 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN