fbpx
Gambar hiasan.

Siasatan dalaman, tindakan tatatertib guru terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) melakukan siasatan dalaman serta mengambil tindakan tatatertib tegas susulan penahanan seorang guru sekolah kebangsaan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

JPNS dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tersebut adalah selaras dengan peraturan perkhidmatan awam serta pihaknya tidak akan berkompromi dalam mana-mana perkara yang melibatkan jenayah dan pelanggaran undang-undang negara.

“Kami memandang serius perkara tersebut dan tindakan seterusnya akan diambil. JPNS akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak PDRM dalam siasatan yang sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan seorang guru lelaki sebuah sekolah kebangsaan di Nilai ditahan polis dalam serbuan di Seremban, kira-kira pukul 3.30 petang (Jumaat).

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dalam serbuan tersebut, pihak polis telah merampas sepeket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat, 3.63 gram dan beberapa peralatan diubahsuai disyaki untuk menghisap dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Ujar Azahar lagi, suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN