TEHRAN – Seramai 35 orang maut dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel yang bermula dua hari lalu di wilayah Fars, selatan Iran, lapor media tempatan hari ini.
“35 orang telah terbunuh di wilayah Fars dalam serangan Amerika dan Zionis,” lapor agensi berita Tasnim yang memetik kenyataan ketua yayasan syuhada wilayah itu, Ebrahim Bayani.
“Memandangkan serangan udara musuh berterusan pagi ini, jumlah korban diramal terus meningkat,” tambahnya. – AFP














