fbpx
Gambar hiasan.

‘Semua benda nak suruh berhutang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang suami mengakui tertekan dengan permintaan isterinya yang semakin membebankan hanya tiga bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Menurut lelaki itu, pasangannya sering mendesak untuk membeli pelbagai barangan untuk kepuasan peribadinya walaupun dia sudah memberi amaran bahawa kemampuan kewangan mereka adalah terhad.

“Saya cuma mampu menyewa rumah kecil tanpa kelengkapan rumah yang lengkap. Tetapi isteri mahu membeli peti ais secara berhutang, kemudian penghawa dingin, dan baru-baru ini minta sofa untuk persiapan raya. Semua itu suruh saya hutang,” luahnya di aplikasi Threads.

Lelaki itu berkata, isterinya sedar bahawa pendapatannya tidak besar dan sukar untuk membeli barangan tersebut dengan bayaran penuh, namun wanita terbabit tetap berdegil tanpa memikirkan bebanan kewangan bulanan di kemudian hari.

“Dia tahu saya tidak mampu bayar secara langsung, tapi tetap mahu saya berhutang. Saya rasa keterlaluan kerana benda-benda (barang) ini tidak terlalu penting.

“Kalau kita menabung, lama-lama boleh beli tanpa terbeban dengan hutang. Tapi tetap gelojoh nak semua segera,” katanya.

Perkongsian lelaki itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut menasihati pasangan muda tersebut supaya berbincang mengenai pengurusan kewangan agar tidak timbul sebarang maslaah di kemudian hari.

“Hati-hati dengan pujuk rayu isteri, takut makan diri di kemudian hari. Ajar isteri hidup seadanya, jangan ikut gaya hidup orang lain,” pesan Ashriq.

“Naya perempuan ‘high demand’ (permintaan tinggi), kerja malas tahu kikis duit suami,” perli Sandra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI