fbpx
PEMANDU McLaren, Lando Norris mengambil bahagian pada sesi latihan pramusim di Bahrain baru-baru ini. - AFP

Roket ganggu pembukaan musim F1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELBOURNE – Persiapan pembukaan musim Formula Satu (F1) 2026 berdepan gangguan besar apabila konflik di Timur Tengah memaksa pasukan dan pegawai perlumbaan mencari laluan alternatif ke Grand Prix (GP) Australia.

Kira-kira 2,000 kakitangan F1 serta pasukan dilaporkan terjejas selepas beberapa hab penerbangan utama di rantau berkenaan ditutup susulan ketegangan keselamatan yang meningkat.

Sebahagian besar kru masih berada di Bahrain selepas ujian pramusim, namun operasi penerbangan tergendala apabila lapangan terbang utama di Doha dan Dubai menghentikan operasi sementara.

Situasi itu memaksa pasukan menukar pelan perjalanan pada saat akhir, termasuk memilih transit melalui Hong Kong dan Singapura sebelum tiba di Melbourne.

Sebahagian kru pula memilih laluan terus ke Perth sebelum menyambung penerbangan domestik ke pantai timur Australia bagi memastikan jadual perlumbaan tidak terjejas.

Gangguan logistik itu berlaku hanya beberapa hari sebelum perlumbaan pembuka tirai musim baharu, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pasukan dalam membuat persiapan akhir.

Selepas aksi di Melbourne, kalender kejuaraan dunia diteruskan dengan perlumbaan di China dan Jepun, menjadikan permulaan musim kali ini antara paling mencabar dari sudut operasi dan perjalanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN