fbpx
Nur Diyana (kanan) dan ahli keluarganya yang terkandas di London sehingga hari ini.

Penerbangan batal, enam sekeluarga terkandas di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Percutian enam sekeluarga di London, Britain hampir bertukar menjadi mimpi ngeri apabila mereka terkandas akibat pembatalan penerbangan pulang disebabkan konflik serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran sejak Sabtu lalu.

Nur Diyana Abdul Jalil, 39, berkata, mereka termasuk ibunya yang berusia 66 tahun terpaksa berjimat-cermat dengan berbuka puasa secara percuma di Malaysia Hall, London.

Katanya, mereka juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan lebih RM10,000 bagi membeli tiket penerbangan baharu untuk pulang ke tanah air pada Rabu ini.

“Kami berlepas ke London untuk bercuti pada 25 Februari lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air pada semalam.

“Begitupun pagi Sabtu lalu, saya dikejutkan dengan penerimaa emel pembatalan penerbangan pulang ekoran konflik di Iran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nur Diyana berkata, mereka yang sebelum ini dijadual pulang dengan penerbangan Etihad Airways membeli tiket baharu dengan Shenzen Airlines dengan tambahan kos RM10,000.

Dia yang menetap di Kuala Ibai di sini juga risau bekalan ubat ibunya menghidap penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi semakin kehabisan.

“Tidak sangka percutian yang sepatutnya menjadi kenangan manis buat kami sekeluarga bertukar cemas begini. Begitupun syukur pihak Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Britain banyak membantu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN