fbpx
Tangkap layar video menunjukkan suspek menangis ketakutan ketika dikepung penduduk tempatan. - Instagram

Pencuri motosikal menangis dikepung penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pencuri motosikal di Jakarta Barat, Indonesia mengundang perhatian ramai apabila menangis teresak-esak ketika ditangkap penduduk tempatan, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Jalan Perintis, Desa Gondang baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akan @sekilasinfojakarta menunjukkan pelaku menangis seperti kerasukan kerana takut dikepung warga setempat.

Beberapa sumber memberitahu bahawa suspek melakukan kecurian pada waktu siang dan malam di lokasi dan hari yang sama.

Dia berjaya ditangkap sebelum sempat melarikan diri dengan motosikal yang disasarkan.

Suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN