SEBERANG PERAI – Lapan beranak tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap, di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 pag.
“Rumah terlibat terbakar sebanyak 80 peratus selain lima kenderaan yang terbakar antara 70 hingga 90 peratus. Laporan awal mendapati tiada penghuni di dalam rumah semasa kejadian dan tiada mangsa yang terlibat,” katanya, di sini hari ini.
Semasa kejadian difahamkan, tujuh penghuni dikatakan berada di kediaman ibu saudara manakala bapa mereka bekerja.
Beliau berkata, kenderaan yang musnah adalah kereta jenis Perodua Kancil, van dan tiga motosikal jenis Demak, Honda EX 5 dan Modenas Kriss. – KOSMO! ONLINE














