fbpx
KANE ketika ini sudah menjaringkan 30 gol daripada 24 perlawanan setakat musim ini. - AFP

Kane buru rekod Lewandowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DORTMUND – Harry Kane terus menggegar Bundesliga apabila meledak dua gol untuk membantu Bayern Munich menewaskan Borussia Dortmund 3-2, sekali gus menghidupkan impian memecahkan rekod jaringan semusim liga milik Robert Lewandowski.

Kemenangan dramatik dalam aksi Der Klassiker itu turut melebarkan jurang Bayern di puncak liga, manakala Kane kini mengumpul 30 gol daripada 24 perlawanan setakat musim ini.

Penyerang England itu tidak berselindung mengenai sasarannya untuk mengatasi rekod 41 gol semusim yang dilakar Lewandowski pada kempen 2020/21.

“Sudah tentu. Saya hanya perlu terus melakukan apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Kane yang meledak sekurang-kurangnya dua gol dalam empat perlawanan liga berturut-turut, menyamai rekod penalti Bundesliga apabila menyempurnakan 10 sepakan penalti musim ini.

“Masih banyak perlawanan berbaki. Saya perlu kekal konsisten sepanjang tempoh itu dan kita lihat pada hujung April atau awal Mei sama ada rekod itu mampu dicapai,” jelasnya.

Dalam semua pertandingan musim ini, penyerang berusia 32 tahun itu sudah menjaringkan 45 gol dalam 37 penampilan, sekali gus menjadi jumlah tertinggi dalam kariernya setakat ini.

Kane bagaimanapun menegaskan perebutan kejuaraan belum berakhir meskipun Bayern kini selesa di puncak dengan kelebihan mata yang besar.

“Kami pernah ada kelebihan besar sebelum ini dan ia boleh berubah dengan cepat. Kami perlu kekal fokus hingga penghujung musim,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN