fbpx

COLUMBIA ASIA HOSPITAL BUKIT JALIL MELANCARKAN MAKMAL KATETERISASI BAHARU UNTUK MEMPERKUKUH KHIDMATJAGAAN JANTUNG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Dengan makmal kateterisasi ini, rawatan lebih pantas dan kurang invasif, lantas meningkatkan akses perkhidmatan pakar berhampiran komuniti persekitaran. 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 Mac 2026 /PRNewswire/ — Columbia Asia Hospital Bukit Jalil secara rasminya melancarkan kemudahan Makmal Kateterisasi Jantung (Cath Lab), menandakan satu langkah penting dalam memperluas akses kepada rawatan jantung dan vaskular. Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Hospital Bukit Jalil, Dr Sharonpal Singh, dan Pakar Perunding Kardiologi, Dr Prem Nathan Arumuganathan, serta barisan Perunding Perubatan dan Ketua Jabatan, sekaligus mencerminkan komitmen berterusan hospital ini dalam memperkukuh keupayaan pakar sejak mula beroperasi pada tahun 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Hospital Bukit Jalil, Dr Sharonpal Singh (ke enam dari kanan), bersama Pakar Perunding Kardiologi Dr Prem Nathan Arumuganathan (ke tujuh dari kiri) dan barisan doktor perunding daripada pelbagai bidang perubatan di majlis pelancaran Makmal Kateterisasi Jantung (Cath Lab).
Ketua Pegawai Eksekutif Columbia Asia Hospital Bukit Jalil, Dr Sharonpal Singh (ke enam dari kanan), bersama Pakar Perunding Kardiologi Dr Prem Nathan Arumuganathan (ke tujuh dari kiri) dan barisan doktor perunding daripada pelbagai bidang perubatan di majlis pelancaran Makmal Kateterisasi Jantung (Cath Lab).

Penyakit jantung kekal sebagai salah satu isu kesihatan yang paling serius di Malaysia. Menurut laporan Perangkaan Sebab Kematian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2025, penyakit jantung iskemia terus menjadi punca utama kematian di seluruh negara, sekali gus menekankan kepentingan pengesanan awal dan akses kepada rawatan yang lebih cepat.

Dr. Sharonpal berkata, "Pelancaran Cath Lab ini merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan keupayaan perkhidmatan jantung kami serta memastikan pesakit mendapat akses kepada rawatan yang mampu menyelamatkan nyawa dengan lebih cepat. Sempena ulang tahun kami yang ke-30, kami akan terus memperhebat usaha dalam teknologi canggih dan perkhidmatan pakar agar orang ramai dapat menerima penjagaan jantung berkualiti tinggi yang lebih dekat dengan kediaman mereka."

Rawatan Jantung Lebih Pantas dan Kurang Invasif

Cath Lab baharu ini membolehkan doktor mendiagnosis serta merawat penyakit jantung dan salur darah melalui prosedur invasif minimum yang dilakukan melalui bukaan kecil tanpa memerlukan pembedahan jantung terbuka. Pendekatan ini membantu ramai pesakit untuk mengelakkan pembedahan besar dan lazimnya mengurangkan ketidakselesaan, memendekkan tempoh kemasukan ke hospital serta mempercepatkan proses pemulihan.

Kemudahan ini juga membolehkan intervensi dilakukan dengan lebih pantas dalam situasi kecemasan seperti serangan jantung, di mana setiap minit amat berharga. Selain prosedur kardiologi, makmal ini turut menyokong rawatan radiologi intervensi terpilih, seterusnya memperluas pilihan rawatan moden berpandukan imej bagi pesakit yang sesuai menerima pendekatan kurang invasif.

Memperkasa Kesihatan Jantung Melangkaui Rawatan

Selain prosedur rawatan, hospital ini turut memainkan peranan yang lebih luas dalam mempromosikan kesihatan jantung melalui penjagaan pencegahan, saringan berkala dan intervensi awal bagi menggalakkan pesakit mengambil langkah proaktif dalam melindungi kesihatan kardiovaskular mereka.

Sejak dibuka pada tahun 2023, Columbia Asia Hospital Bukit Jalil telah berkembang menjadi sebuah hospital pelbagai disiplin yang memberi perkhidmatan kepada komuniti di Bukit Jalil, Seri Kembangan, Serdang, OUG, Old Klang Road, Kuchai Lama, Taman Desa, Sri Petaling dan Sungai Besi, selain menerima pesakit dari seluruh Malaysia. Hospital ini menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif termasuk anestesiologi, dermatologi, telinga, hidung dan tekak (ENT), pembedahan am dan kolorektal, perubatan dalaman, ortopedik dan trauma lanjutan, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, onkologi ginekologi, oftalmologi, neurologi, bedah saraf, urologi, pembedahan plastik, perubatan sukan, psikiatri dan radiologi. Perkhidmatan ini disokong oleh fisioterapi, saringan kesihatan, endoskopi, perkhidmatan diagnostik dan pengimejan, makmal serta farmasi, di samping teknologi moden seperti Cath Lab.

Hospital Columbia Asia direka untuk menyediakan persekitaran yang selesa dan mesra kepada pesakit, disokong oleh doktor, jururawat dan profesional kesihatan berpengalaman yang komited terhadap penjagaan peribadi yang berfokuskan pesakit.

30 Tahun Perkhidmatan. Kepercayaan Seumur Hidup. Right Here for You

Pelancaran Cath Lab baharu ini bertepatan dengan Ulang Tahun ke-30 Columbia Asia, yang meraikan tiga dekad komitmen dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan swasta berkualiti yang lebih mudah diakses oleh komuniti di seluruh rantau ini. Ia mencerminkan komitmen berterusan kumpulan ini untuk terus melabur dalam teknologi moden serta perkhidmatan pakar bagi meningkatkan hasil rawatan serta pengalaman pesakit.

Columbia Asia Hospital Bukit Jalil beralamat di No. 9, Jalan Jalil Perkasa 7, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Talian umum: 603 8657 9888
Emel umum: [email protected]
Laman web: https://www.columbiaasia.com/malaysia/hospitals/bukit-jalil/
KKLIU: 0828/EXP 31.12.2028

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4898770_MS98770_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI