fbpx
Ahmadinejad menyampaikan khutbah solat Jumaat di Universiti Tehran pada 2 Ogos 2013. - AFP

Bekas Presiden Iran terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dilaporkan terkorban dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) bersama Israel di Tehran, lapor portal berita The Jerusalem Post. 

Ahmadinejad, 69, meninggal dunia di kediamannya di Narnak, timur laut Tehran bersama beberapa pengawal peribadi, lapor agensi berita rasmi ILNA. 

Serangan udara AS-Israel di Narnak dilaporkan berlaku lewat Sabtu lalu. 

Ahmadinejad pernah berkhidmat sebagai Gabenor Ardabil dan Datuk Bandar Tehran sebelum menjadi Presiden Iran ke-6 dari 2005 hingga 2013. 

Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai presiden, beliau dilantik oleh pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei untuk menganggotai Majlis Kemasyhuran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN