fbpx
Gambar hiasan

Seleweng diesel subsidi, tauke lori didenda RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara memiliki 29,070.78 liter minyak diesel tanpa lesen pada tiga tahun lalu, seorang pengusaha syarikat pengangkutan didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman tersebut selepas Hasdi Mustapa, 45, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Orang Kena Saman (OKS) didakwa memiliki 29,070.78 liter minyak diesel tanpa lesen di sebuah premis di Kampung Cacar, Dungun pada pukul 3.30 pagi, 6 Julai 2023.

Mengikut fakta kes, simpanan minyak diesel itu dijumpai di dalam sebuah lori tangki oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang melakukan serbuan. .

Hasil siasatan mendapati minyak diesel tersebut diisi di dalam lima ruangan tangki di dalam lori milik Fueller Logistics (KL) Sdn. Bhd. yang digunakan bagi penghantaran minyak diesel tidak bersubsidi.

Hasil soal siasatan, Hasdi yang merupakan pemilik bersama Fueller Logistics (KL) mengaku mengambil diesel bernilai keseluruhan RM68,888.79 dari beberapa stesen minyak sekitar Paka dan Dungun untuk tujuan penyelewengan.

OKS didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI