fbpx
LETUPAN kelihatan di Abu Dhabi susulan serangan peluru berpandu Iran hari ini. - X

Rakyat Malaysia di Doha diminta tidak keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia di Qatar diminta supaya terus berwaspada dan tidak keluar rumah susulan keadaan di Rantau Teluk yang masih belum stabil sepenuhnya.

Kedutaan Besar Malaysia di Doha dalam kenyataan memaklumkan, semua rakyat Malaysia di negara itu diminta tidak keluar, kecuali bagi urusan mustahak sahaja.

Menurut kenyataan itu, orang ramai juga diminta mengikuti perkembangan semasa melalui sumber sahih serta tidak menyebarkan berita tidak benar.

“Buat masa ini, ruang udara Qatar masih ditutup,” katanya, hari ini.

Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan lanjut di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad boleh menghubungi talian Qatar Airways di +974 4144 5555.

Dalam situasi kecemasan, Kedutaan Besar Malaysia di Doha boleh dihubungi menerusi talian +974 3374 6733 (24 jam) atau e-mel [email protected]. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN