fbpx
Tempat perlumbaan haram sekumpulan lelaki di Senawang.

‘Litar lumba’ mat rempit di Senawang digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis menggempur lokasi yang sering dijadikan tempat perlumbaan haram oleh sekumpulan lelaki di Senawang di sini yang bermula dari sebuah pasar raya hingga ke persimpangan lampu isyarat Matahari Heights dalam satu operasi malam tadi.

Operasi itu dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban terdiri daripada enam pegawai dan 71 anggota dari pelbagai bahagian.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, dalam Operasi Samseng Jalanan itu seramai 192 individu dan 167 kenderaan diperiksa yang mana 153 daripadanya adalah motosikal.

Katanya, sebanyak 18 motosikal disita dan tiga lelaki berusia antara 14 hingga 30 tahun telah ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Mereka yang ditahan melakukan aksi dengan cara mengangkat tayar hadapan motosikal (wheelie) di Jalan Persiaran Senawang 1, di mana perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain sekitar pukul 12.40 tengah malam.

“Kesemuanya kini ditahan selama tiga hari sehingga 3 March ini di dalam lokap Balai Polis Seremban 2,” katanya.

Menurutnya, mereka yang melakukan aksi merepit di kawasan tersebut lebih-lebih lagi di bulan Ramadan tidak pernah serik biarpun kawasan itu sering digempur pihak polis sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN