fbpx
Pasukan bomba menjalankan operasi bagi mengeluarkan Seorang lelaki yang maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok ketika menjalankan aktiviti berburu di kawasan hutan Sapoda, Kota Belud malam tadi. Foto JBPM

‎Lelaki maut jatuh pokok ketika berburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎‎KOTA BELUD – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari pokok ketika menjalankan aktiviti berburu di kawasan hutan Sapoda malam tadi.

‎Dalam kejadian itu mangsa berusia 44 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum rakannya keluar dari kawasan hutan untuk mendapatkan bantuan.

‎Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, bilik kawalan BBP Kota Belud menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.45 malam sebelum sepasukan lima anggota digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira 39 kilometer dari balai.

‎“Pasukan penyelamat berdepan kesukaran apabila laluan ke lokasi tidak boleh dilalui kenderaan.

‎“Keadaan itu memaksa mereka bersama petugas Kementerian Kesihatan dan Ranger Sapoda berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk tiba di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

‎Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI