fbpx
Sebuah kapal kontena Zhonggu Shipping belayar ke pelabuhan Shuwaikh di Bandar Kuwait semalam. - AFP

Kapal diarah jauhi laluan Teluk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Dua kumpulan perkapalan utama menggantung navigasi melalui rantau Teluk ketika konflik meletus antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran, yang meningkatkan kelembapan maritim yang semakin meningkat di rantau itu.

Pengumuman itu dibuat ketika Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memberi amaran kepada beberapa kapal bahawa Selat Hormuz yang merupakan laluan air penting untuk minyak dari Teluk, secara dasarnya ditutup, lapor agensi berita Tasnim.

CMA CGM Perancis mengeluarkan kenyataan yang memberitahu kapal-kapalnya di Teluk untuk berlindung dan menggantung laluan melalui Terusan Suez ekoran konflik serantau.

“Semua kapal yang kini berada di Teluk atau dalam perjalanan ke Teluk, telah menerima arahan berkuat kuasa serta-merta untuk berlindung,” kata kenyataan daripada CMA CGM. Ia merupakan syarikat perkapalan kontena ketiga terbesar di dunia.

“Laluan melalui Terusan Suez digantung sehingga diberitahu kelak dan kapal akan dialihkan laluannya di sekitar Cape of Good Hope, yang akan memanjangkan perjalanan sejauh ribuan kilometer,” tambah kenyataan itu.

Syarikat perkapalan kontena kelima terbesar di dunia, Hapag-Lloyd berkata, ia menggantung semua transit melalui Selat Hormuz yang menghubungkan Teluk ke laut lepas, sehingga diberitahu kelak.

Beberapa syarikat perkapalan termasuk syarikat gergasi Denmark, Maersk, memberi amaran kepada pelanggan tentang kemungkinan kelewatan penghantaran apabila kapal-kapal dialihkan laluannya.

AS dalam masa sama memberi amaran kepada kapal-kapal supaya menjauhi Teluk ekoran aktiviti ketenteraan yang berterusan.

Selat itu yang sering diancam oleh pegawai Iran untuk disekat sekiranya berlaku serangan AS, merupakan titik transit utama untuk perdagangan minyak global.

Menurut data daripada laman analisis maritim, Marine Tracker, trafik melalui arteri perdagangan telah merosot, manakaa beberapa kapal tangki minyak berpatah balik atau dihentikan di selat tersebut.

Selat Hormuz kerap menjadi tempat rampasan dan serangan kapal.

Koridor penting itu menghubungkan rantau Teluk ke Lautan Hindi dan terletak di antara Iran dan eksklaf Musandam Oman, yang terletak di hujung semenanjung. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN