fbpx
Keselamatan jemaah sentiasa menjadi keutamaan HEH. Foto oleh HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS

HEH pantau rapi keselamatan 80 jemaah umrah iktikaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Harmony Excellence Holidays (HEH) memaklumkan, setakat ini pihaknya menguruskan kira-kira tiga kumpulan Umrah Iktikaf Ramadan melibatkan lebih kurang 70 hingga 80 jemaah termasuk petugas di Arab Saudi.

HEH dalam kenyataan berkata, keselamatan jemaah sentiasa menjadi keutamaan syarikat, terutama dalam situasi semasa yang memerlukan pemantauan berterusan.

Menurut kenyataan itu, petugas di tanah suci dan di ibu pejabat sentiasa berhubung serta berkongsi maklumat terkini bagi memastikan semua jemaah dapat melaksanakan ibadah umrah dan berpuasa dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Buat masa ini, jemaah HEH tidak terkesan dengan tarikh penutupan ruang udara dan jadual penerbangan kekal status quo seperti yang telah ditetapkan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pihak syarikat juga sentiasa memantau perkembangan semasa dan berhubung dengan pihak berautoriti bagi mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, ribuan jemaah umrah rakyat Malaysia terkandas di Jeddah dan Madinah selepas penerbangan mereka ditangguhkan susulan serangan besar-besaran Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Ketegangan itu menyebabkan penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan di Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu selain peningkatan kawalan keselamatan di beberapa kawasan.

Susulan itu, jemaah daripada pelbagai agensi kini ditempatkan di hotel-hotel sementara menunggu jadual penerbangan baharu yang belum lagi diketahui tarikh dan waktu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN