fbpx
Gambar hiasan.

Budak 4 tahun rentung: Ibu tinggal lima beradik pergi kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ibu kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini, hari ini didapati tiada di rumah semasa kejadian.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, siasatan lanjut mendapati, ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama lima orang adik-beradiknya berusia sekitar sembilan bulan hingga 10 tahun.

“Ibu mangsa dipercayai telah pergi ke kedai bagi tujuan membeli makanan semasa kejadian berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidil berkata, kejadian tersebut disedari oleh jiran sebelum bertindak membantu kesemua mangsa namun gagal menyelamatkan kanak-kanak terbabit yang terperangkap di dalam bilik tidur utama.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Terdahulu, Kosmo, melaporkan seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di tingkat 10 PPRK Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.59 petang, sebelum menggerakkan seramai 13 anggota serta dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Sri Petaling ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI