fbpx
Saifuddin (duduk, dua dari kiri) menandatangani buku lawatan semasa hadir ke Majlis Bersahur Sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri di Puspen Bachok, Bachok hari ini.

Aduan cubaan jatuhkan kerajaan diberi keutamaan – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi keutamaan untuk menyiasat laporan berkaitan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketetapan itu telah diputuskan menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lepas.

“Dalam kes ini, ia bermula dengan aduan. Jadi, polis membuka siasatan untuk menentukan seksyen, undang-undang dan motif kes tersebut.

“Ia selaras dengan arahan Jemaah Menteri supaya setiap aduan diberi fokus dan keutamaan untuk membuka kertas siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bersahur Sempena Program Penerapan Nilai-nilai Murni Bersama Menteri Dalam Negeri di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bachok di sini hari ini.

Terdahulu, PDRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, siasatan melibatkan seorang individu berpengaruh yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi media antarabangsa.

“Laporan polis mengenai perkara ini diterima pada 26 Februari lalu dan polis sedang giat melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan dilaksanakan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN