fbpx
Tangkap layar video Cikgu Zainol menerima hadiah motosikal daripada bekas pelajarnya daripada kelas 'belakang' pada hari persaraannya di SMK Naka, Pokok Sena, Kedah.

[VIDEO] Anak murid kelas ‘belakang’ hadiahkan motosikal buat cikgu kesayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang guru sekolah menengah menerima kejutan hadiah istimewa sebuah motosikal sempena hari persaraannya yang dihadiahkan oleh bekas pelajar daripada kelas ‘belakang’.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Zdserai36, guru tersebut, Zainol Ramli yang juga Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naka, Pokok Sena, Kedah menerima hadiah motosikal di hadapan pentas dan kelihatan lima bekas pelajar sekolah berkenaan turut hadir pada majlis itu.

Seorang daripada bekas pelajar itu memberikan kunci kepada guru tersebut dan dia menghidupkan enjin motosikal berkenan sebagai gimik menerima hadiah tersebut.
Menerusi kapsyen Zdserai36, dia menceritakan kebaikan Cikgu Zainol yang merupakan guru kesayangan bekas pelajar tersebut yang mana beliau sentiasa memastikan mereka tetap hadir sewaktu masih bersekolah di situ.

“Rezeki Ramadan, cikgu yang sangat prihatin terhadap kebajikan anak-anak Nakarian (pelajar SMK Naka). Hari ini anak murid kelas ‘belakang’ hadiahkan motosikal baharu buat cikgu kesayangan mereka.

“Rupa-rupanya benci tandanya sayang. Tahun lepas cikgu ini yang selalu ziarah cakna ke rumah depa (mereka) saat mereka belum matang. Seorang guru yang tidak pernah berputus asa dalam memastikan murid hadir ke sekolah.

“Saat dikecam orang sekeliling, guru ini hadir dengan pelbagai intervensi memastikan semua pelajar hadir dan menduduki SPM,” katanya.

Zainol juga banyak menabur jasa dan mencari penaja dalam memastikan keadaan sekolah selesa dan ceria untuk ‘dihuni’ warga sekolah berkenaan.

“Seorang guru tidak pernah berkira dengan anak murid dan rakan sekerja. Alhamdulillah di hari persaraannya, anak murid kelas belakang hadir memberi hadiah kejutan motosikal baharu,” kata Zdserai36.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai, malah mereka memuji kebaikan bekas pelajar tersebut.

“Percayalah, motosikal ini nampak biasa dekat mata kita. Tapi pada mata cikgu, ini adalah satu benda yang dia akan banggakan sampai akhir hayat dia,” komen pengguna TikTok Meera Fazlyn.

“Walaupun kelas ‘belakang’, ada yang ke depan yang kita tak tahu. Semua rahsia Allah SWT. Jadi jangan hina pelajar kelas ‘belakang’,” komen CtHajar.

“Semoga murid yang ikhlas hadiahkan cikgu berjaya di dunia dan akhirat. Awak menunjukkan awak seorang yang sangat baik. Walaupun seorang guru tidak pernah inginkan apa-apa selain melihat kejayaan anak muridnya,” kata Anis. – KOSMO! ONLINE

@zd9336me Selamat bersara @CIKGU NON KOLA NERANG ..Rezeki Ramadan ..Cikgu yg sgt prihatin terhadap kebajikan ank2 Nakarian..Hari ini anak murid kelas Belakang hadiah kan motor baru buat cg kesayangan mereka..Rupanya benci tandanya syg.. Tahun LPs cg ni yg slalu ziarah cakna ke rumah depa saat mereka belum matang .. Seorang guru yang Xpernah Bputus Asa dalam memastikan murid hadir ke Sekolah .. Saat dikecam oleh orang sekeliling guru ini hadir dgn pelbagai intervensi memastikan semua pelajar hadir dan menduduki SPM .. Guru ini yg banyak menabur jasa dan mencari penaja dalam memastikan keadaan Sekolah selesa dan ceria utk dihuni oleh warga Nakarian.. Seorang guru yg Xpernah Berkira dengan anak murid dan rakan sekerjaa..Alhamdullilah dihari persaraan nya ank@Murid kelas Belakang hadir memberi hadiah suprise Motor baru.. Kami pulak yg terharu.. #fyp #fypシ゚viral #xyz #guru #suprise ♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN