KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat berjumlah RM5,417,188.56 daripada lapan syarikat korporat dan dua individu kepada Zakat Perak Al-Ridzuan (Zapar) di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini.
Zapar dalam kenyataannya berkata, penyerahan zakat didahului dengan zakat pendapatan oleh Datuk Abdullah Abdul Mannan berjumlah RM1,000,000.
“Ia disusuli Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad diwakili oleh Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berjumlah RM364,852.56.
“Seterusnya, zakat perniagaan daripada Belati diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Johawaki, Mohamad Akmal Johari berjumlah RM380,000,” katanya di Kuala Kangsar hari ini.
Selain itu, katanya, Boustead Plantations Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan, Datuk Zulkarnain Md. Eusope menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM434,000.
“Ia diikuti CelcomDigi Berhad yang diwakili oleh Ketua Wilayah, Wilayah Utara, Farizad Khan Msm Mohamed Ali berjumlah RM107,000.
Selain itu, katanya, Johawaki Plantation Sdn. Bhd. yang diwakili Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Johawaki, Abdul Hadi Abdul Rahim menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM150,800.
“Selanjutnya ialah penyerahan zakat perniagaan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Lembaganya, Mohd. Riza Halim berjumlah
RM250,000.
“Begitu juga dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menyerahkan zakat perniagaan yang diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Mastura Mohd. Khalid berjumlah RM200,000,” katanya.
Katanya, penyerahan zakat pendapatan yang seterusnya daripada Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berjumlah RM2,300,000.
“Penyerahan zakat perniagaan yang terakhir daripada TM Technology Services Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengurus Besar Rangkaian TM Negeri Perak, Sallehuddin Khalif berjumlah RM230,536.
“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan menyerahkan zakat kepada Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini,” katanya. – KOSMO! ONLINE














