RAUB – Penduduk tidak menyangka kebakaran sebuah bengkel motosikal di Taman Bukit Koman, di sini malam tadi rupa-rupanya menyebabkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di dalam premis berkenaan.
Dalam kejadian pada pukul 7.39 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia selepas gagal diselamatkan ekoran api yang marak dengan cepat.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Jason Wai, 58, berkata, pada mulanya dia menyangka kebakaran tersebut hanya melibatkan bengkel motosikal.
“Saya sedang berehat di ruang tamu sebelum terdengar bunyi bising di luar rumah. Apabila saya keluar tengok, ada orang beritahu bengkel terbakar.
“Pada mulanya saya ingat bengkel sahaja yang terbakar, rupa-rupanya ada lelaki (mangsa) di dalamnya. Saya ingatkan pemilik bengkel, rupa-rupanya orang lain,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Menurut Jason, mangsa bukan pekerja bengkel dan tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Saya tidak pasti bagaimana dia boleh berada di dalam bengkel tersebut, mungkin sedang berehat dan tak sedar sewaktu premis tersebut terbakar,” katanya.- KOSMO! ONLINE














