fbpx
QABIL Irfan ketika bersaing di Moto4 Asia Cup di Buriram, Thailand.

Qabil Irfan kutip 10 mata Moto4 Asia Cup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelumba muda berbakat negara, Qabil Irfan Azlan memulakan kempen Kejuaraan Moto4 Asia Cup 2026 dengan positif apabila berjaya mengutip 10 mata berharga selepas menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan keenam di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, hari ini.

Pada perlumbaan tersebut, Qabil yang memulakan perlumbaan dari petak kedua terpaksa akur apabila gagal mengekalkan rentak cemerlang di awal saingan selepas dipintas beberapa pencabar di pertengahan perlumbaan.

Bagaimanapun, Qabil mempamerkan kematangan luar biasa apabila kekal tenang dan konsisten untuk berada dalam kelompok lapan terbaik, ketika perebutan podium lebih terarah kepada penguasaan dua pelumba Jepun, Hayato Chishiki dan Waku Kunitate.

Perlumbaan sengit sejauh 15 pusingan itu akhirnya dimenangi oleh Chishiki yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa keseluruhan 27 minit 01.085 saat (s).

Hakim Danish (kiri) sempat bertemu pelumba negara yang bersaing di Moto4 Asia Cup.

Kunitate terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan perbezaan tipis 0.017s di belakang rakan senegaranya, manakala wakil Indonesia, Bintang Pranata melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.

Qabil yang menamatkan perlumbaan dengan perbezaan 3.076s di belakang pemenang, kini meletakkan sasaran untuk bangkit lebih ampuh menjelang Perlumbaan 2 yang dijadualkan berlangsung esok.

Dalam pada itu, nasib kurang menyebelahi dua lagi wakil negara, Muhammad Naqib Rifqi dan Qayyim Razin Razali apabila masing-masing sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-16 dan ke-17 keseluruhan sekali gus gagal meraih sebarang mata.

Misi Qabil seterusnya adalah untuk memburu kedudukan podium bagi memastikan pungutan mata keseluruhan terus melonjak pada pusingan pembukaan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN