fbpx
PGA merampas pelbagai mesin dengan nilai keseluruhan RM5.01 juta di Sungkai, Tapah pada Rabu lalu. - FOTO IHSAN PGA

PGA rampas pelbagai mesin proses sisa plastik haram bernilai RM5.01 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Cawangan Risik Batalion 3 Briged Utara telah menyerbu sebuah premis yang disyaki menjalankan aktiviti pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa di Sungkai pada Rabu lalu dengan rampasan pelbagai mesin dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.01 juta.

Komander Briged Utara PGA Senior Asisten Komisioner Balveer Singh berkata, Op Taring Alpha 5 itu dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Majlis Daerah Batang Padang serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah digerakkan hasil maklumat risikan terhadap premis tersebut terdahulu.

Menurutnya, operasi sekitar pukul 10 pagi itu turut menahan seorang wanita tempatan berumur 30-an dipercayai kerani dan 11 lelaki warga Bangladesh berumur lingkungan 23 hingga 55 tahun disyaki pekerja di premis.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut telah memasang dan mengendalikan beberapa fasiliti pemprosesan plastik tanpa notifikasi dan kelulusan daripada pihak JAS. Pasukan serbuan turut menemui sejumlah besar longgokan plastik yang belum dan telah diproses.

“Siasatan awal telah mendapati, suspek menjadikan premis ini sebagai lokasi pemprosesan material plastik tanpa kelulusan pihak JAS. Premis berkenaan telah beroperasi lebih dari enam tahun dan bekalan bahan sisa plastik diperolehi di sekitar Lembah Klang,” katanya di Tapah semalam.

Katanya lagi, pelbagai fasiliti dan mesin yang digunakan untuk memproses plastik buangan serta 11 unit telefon bimbit pelbagai jenama turut dirampas dalam serbuan tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI