fbpx
Tangkap layar di aplikasi i-Akaun KWSP memaparkan pengguna perlu menunggu lebih 30 minit untuk log masuk.

Pengguna i-Akaun KWSP terpaksa tunggu setengah jam untuk log masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengguna i-Akaun KWSP hari ini berdepan kesulitan apabila terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum dapat mengakses sistem tersebut susulan trafik capaian yang tinggi.

Menerusi notis yang dipaparkan, pengguna dimaklumkan mereka kini berada dalam giliran dengan jangkaan masa menunggu selama 34 minit dan hanya boleh log masuk sekitar pukul 11.48 tengah hari.

Mereka turut dinasihatkan supaya tidak menutup atau menekan butang ‘refresh’ pada halaman berkenaan sepanjang tempoh menunggu.

Terdahulu, KWSP mengumumkan dividen 6.15 peratus untuk Simpanan Shariah dan Konvensional bagi tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN