fbpx
AGY tidak menyangka babak di meja makan dalam MV lagu Lala Raya ada persamaan dengan lukisan 'Last Supper' karya Leonardo Da Vinci. - IQBAL ROSLI

MV lagu raya sentuh sensitiviti agama, Agy mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan penyanyi, Agy memohon maaf susulan isu video muzik (MV) lagu raya baharunya, Lala Raya dikatakan menyentuh sensitiviti agama.

Menurut Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, dia tiada niat mencetuskan kontroversi apatah lagi perkara membabitkan agama, bangsa dan kaum.

“Sejujurnya saya panik bila isu itu timbul. Saya tak sangka babak di meja makan itu ada persamaan dengan lukisan ‘Last Supper’ karya Leonardo Da Vinci.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk menurunkan MV tersebut dari YouTube. Bukan YouTube yang turunkan.

“Kita sunting semula versi yang baharu. Kita buang dua babak iaitu babak di meja makan dan babak saya diusung. Saya harap versi baharu ini nanti akan diterima,” katanya ketika ditemui di sidang media rasmi Lala Raya, di sini, semalam.

Agy turut menyangkal dakwaan kononnya dia meniru Mimi Fly yang turut menurunkan MV lagu Serumpun dan memuat naik semula versi baharu yang sudah disunting.

“Apa yang jadi kepada saya adalah kebetulan sama seperti apa yang Mimi alami tahun lalu. Tak mungkin saya nak buat gimik seperti itu semata-mata nak tiru Mimi.

“Saya tahu memang ramai yang kecam saya. Saya sudah terbiasa dikecam. Cuma saya mohon agar tidak menyentuh keluarga dan rakan-rakan saya. Kalau nak kecam, kecam saya seorang,” jelasnya.

Ditanya tentang jumlah ‘dislike’ yang jauh lebih tinggi daripada jumlah ‘like’ untuk MV Lala Raya, kata Agy dia terima seadanya ‘feedback’ daripada penonton.

“Penonton ada hak untuk ‘like’ atau ‘dislike’. Saya terima ini sebagai satu pengajaran. Kita belajar apa yang orang suka dan tak suka.

“Ramai yang tidak faham tentang maksud tersirat dalam setiap babak yang kita paparkan. Ada yang cakap tak ada ‘vibe’ raya. Ada yang kata saya tak senyum nampak macam marah. Tetapi setiap yang dilakukan ada maksud tertentu.

“Saya juga terima bila orang kata suara saya kepit, macam perempuan dan macam bunyi hon lori. Sebenarnya lagu ini dinaikkan satu ‘key’ dan saya menyanyi menggunakan teknik falseto. Mungkin orang tak boleh terima suara seperti saya,” ujarnya.

Selepas dihentam hebat dari setiap penjuru, kata Agy dia mahu mengambil masa untuk bercuti dan menumpukan perhatian kepada bulan Ramadan.

Terdahulu MV Lala Raya dikecam hebat netizen disebabkan beberapa faktor antaranya suaranya yang dikatakan seperti perempuan dan babak yang dikatakan sama dengan lukisan The Last Supper.

MV yang trending nombor Lima di YouTube tu akhirnya diturunkan biarpun mencecah140,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN