fbpx
Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato' Onn di Johor Bahru.

Masjid Sultan Iskandar pula beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru melaksanakan penambahbaikan serta tindakan sewajarnya susulan isu tular di media sosial baru-baru ini yang dikaitkan dengan masjid berkenaan.

Menerusi kenyataan Masjid Sultan Iskandar, tindakan tersebut diambil demi memastikan keharmonian, perpaduan dan kebaikan bersama terus terpelihara.

“Pihak pengurusan Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato’ Onn mengucapkan terima kasih terhadap maklum balas jemaah yang diterima berkenaan isu tular baru-baru ini dan menelitinya dengan penuh tanggungjawab.

“Kami amat menghargai keprihatinan semua pihak dan memohon maaf atas sebarang kekurangan yang mungkin telah menimbulkan ketidakselesaan,” menurut kenyataan dikongsikan pada Facebook.

Dalam pada itu, pihak pengursan masjid juga menyeru seluruh jemaah agar sentiasa mengamalkan tabayyun iaitu semak sebelum sebar bagi mengelakkan fitnah dan sangkaan buruk mudah tersebar.

“Masjid adalah rumah Allah yang perlu kita jaga dan pelihara bersama-sama kemuliaannya, terutama di bulan Ramadan ini.

“Marilah kita saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. Semoga Allah memelihara hati kita dan memberkati usaha memgimarahkan masjid ini bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI