fbpx
Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Masjid At-Taqwa siasat dakwaan layanan kasar kepada jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur sedang mengenal pasti dan menyiasat dakwaan mengenai layanan kasar terhadap jemaah, susulan isu tular dibangkitkan orang ramai menerusi media sosial baru-baru ini.

Pihak pengurusan masjid tersebut pada hantaran Instagram turut memohon maaf berhubung kejadian berkenaan.

“Pihak masjid dengan rendah diri menginsafi dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Kami juga akan mengambil tindakan untuk memperbaiki supaya ia tidak akan berlaku pada masa akan datang. Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan semua,” menurut hantaran tersebut.

Terdahulu tular di media sosial perkongsian orang ramai yang mendakwa, mereka menerima layanan kurang menyenangkan sewaktu solat atau berbuka puasa di masjid tersebut.

Semalam Kosmo! melaporkan, Pengerusi Masjid At-Taqwa, Datuk Mohd. Fadzli Yusof turut memberi penjelasan berhubung dakwaan seorang pengguna Thread mengenai suasana masjid lengang menjelang waktu berbuka puasa.

Beliau juga dipetik berkata, pihak masjid menyantuni semua jemaah tanpa sebarang syarat termasuk menempah makanan tambahan bagi menampung jemaah yang hadir di luar jangkaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI