fbpx
MAGANDRAN dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika menyertai perlawanan bola sepak di Padang Mentakab di Temerloh, petang semalam.

Lelaki rebah, meninggal dunia ketika beraksi di padang bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Hasrat seorang lelaki untuk beriadah bersama rakan-rakan bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia secara mengejut ketika menyertai perlawanan bola sepak di Padang Mentakab, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, U. Magandran, 51, dari Taman Rimba Emas, di sini, dilaporkan rebah secara tiba-tiba ketika permainan sedang berlangsung sebelum tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nasyim Bahron berkata, hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut berpunca daripada saluran darah jantung yang tersumbat.

“Punca kematian disahkan akibat serangan jantung dan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dikesan dalam kejadian ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa sebelum itu berada dalam keadaan sihat dan aktif serta sering menyertai perlawanan persahabatan bersama rakan-rakan sekampung.

Beberapa individu yang berada di lokasi kejadian segera memberikan bantuan awal sebelum mangsa dibawa mendapatkan rawatan di hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kejadian itu nyata mengejutkan rakan sepermainan serta ahli keluarga mangsa yang dimaklumkan sejurus selepas insiden berkenaan.

Mendiang kemudiannya dibawa pulang ke kediaman keluarga di No. 33, Jalan Rimba Emas 1, Taman Rimba Emas, di sini, untuk penghormatan terakhir.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN