JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sekumpulan lelaki memasuki kawasan hutan secara beramai-ramai di Jakarta Timur, Indonesia pada setiap malam, lapor portal bertia Wartakota.
Kejadian dirakam di Hutan Kota Cawang, Desa Kebon Pala semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ijoeel menunjukkan lelaki-lelaki terbabit memasuki hutan melalui celah tembok.
Menurut perakam, mereka sering masuk ke dalam hutan selepas pukul 1 pagi (waktu tempatan) dan tujuan ‘lawatan’ itu tidak diketahui.
Hutan tersebut pernah diserbu pihak berkuasa pada 2023 selepas disyaki menjadi tempat untuk berzina.
Selepas rakaman itu tular, Pemerintah Jakarta Timur menutup dua pintu masuk susulan dakwaan penyalahgunaan kawasan untuk perbuatan tidak bermoral.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sarang lelaki ‘gay’,” kata seorang netizen. – AGENSI














