fbpx
Status pengguna Threads memaklumkan mengenai kebimbangan keselamatan abangnya di UAE.

Keluarga bimbang abang ditahan di Dubai, mohon campur tangan Wisma Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan kebimbangan apabila mendakwa abangnya kini terkandas dan menjadi tahanan di sebuah pelabuhan perkapalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), selepas dipercayai tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads oleh pengguna dikenali sebagai Dhatullll, dia memohon bantuan orang ramai untuk mendapatkan saluran rasmi bagi membuat permohonan kepada pihak kerajaan supaya membantu membawa pulang abangnya ke tanah air.

“Salam warga Threads, mohon bantuan. Di mana kami sekeluarga nak buat permohonan untuk pihak kerajaan ambik abang saya yang terkandas di port Dubai? Berita terkini, sekarang dia jadi tahanan di sana. Tak boleh keluar dari port perkapalan atau nak balik pun tak lepas.

“Mereka semua dianiaya dan tidak dibayar gaji. Semalam vidcall, just berbuka ikan bilis sahaja. Sedih orang buat macam ni, pergi jauh nak bekerja sekali kena macam ni. Mohon tuan puan yang bijak bab ni… nak raya weh,” tulisnya.

Menurutnya, keluarga kini buntu memikirkan nasib lelaki berkenaan yang didakwa tidak menerima gaji selain terpaksa berdepan sekatan pergerakan di lokasi tersebut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa berhubung perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI