fbpx
Tangkap layar video menunjukkan jemaah menunaikan solat tarawih sambil menutup muka dengan kain. - Instagram

Jemaah solat tarawih tutup muka dengan kain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular di wilayah Aceh, Indonesia memaparkan jemaah lelaki dan wanita menunaikan solat tarawih sambil menutup muka mereka dengan kain. 

Kejadian berlaku di sebuah institusi pendidikan islam, Dayah Bustanul Muttaqin, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @dayahmuttaqin menunjukkan orang ramai khusyuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah. 

Apa yang menarik perhatian adalah seluruh kepala termasuk wajah mereka ditutup dengan kain.

Perbuatan itu bertujuan untuk meningkatkan fokus dan menjaga pandangan sepanjang melaksanakan ibadah di bulan Ramadan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 6.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya lebih takut ini daripada hantu,” kata seorang netizen. 

“Kenapa mereka letak al-Quran di lantai?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN