fbpx
LETUPAN kelihatan di Abu Dhabi susulan serangan peluru berpandu Iran hari ini. - X

Hotel mewah di UAE meletup terkena bedilan peluru berpandu Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI – Hotel Fairmont yang terletak di Palm Jumeirah, Dubai, dilaporkan terkena serangan peluru berpandu, lapor akhbar Express hari ini.

Letupan kuat turut menggegarkan Abu Dhabi dan bandar-bandar lain di seluruh rantau Teluk susulan tindakan Iran melancarkan serangan peluru berpandu bagi membalas serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Tehran awal hari ini.

Sistem pertahanan udara telah diaktifkan di beberapa buah negara memandangkan peluru berpandu Iran menyasarkan tapak yang mempunyai kaitan dengan tentera Amerika, selain serpihan letupan dilaporkan jatuh di kawasan perumahan.

Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu(UAE) mengesahkan seorang orang awam terbunuh di Abu Dhabi, manakala Qatar, Bahrain, Kuwait, dan Arab Saudi turut melaporkan pemintasan peluru berpandu di ruang udara masing-masing.

Israel pula telah diserang oleh beberapa gelombang tembakan peluru berpandu yang menyebabkan siren amaran berbunyi di seluruh negara haram itu.

Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan pelancong di Dubai melarikan diri dari kawasan kolam renang ketika dua peluru berpandu yang dipintas meninggalkan kepulan asap di ruang angkasa bandar tersebut.

Klip video itu turut merakamkan orang ramai berteriak ketakutan ketika sistem pertahanan udara beroperasi di ruang udara mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN