fbpx
TERPISAH oleh takdir dan mati yang menjadi pemisah, hakikatnya setiap anak yang pergi dahulu akan terus hidup di jiwa ibu bapa masing-masing.

Hilang ‘doa’ anak, ini selebriti senasib Amyza Aznan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERAT mata mata memandang, hakikatnya tiada ibu bapa yang sedia berdepan situasi zuriat menutup mata dulu sebelum mereka, ketentuan Tuhan harus diterima dengan reda.

Awal minggu ini (24 Februari), peminat industri hiburan sama-sama berduka dengan kematian anak sulung pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru. Pemergian Andre memecah emosi hiba seisi negara, khususnya golongan ibu-ibu.

Biarpun tidak berada di kasut Amyza mahupun suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, sejujurnya semua yang mengikuti perjalanan hidup keluarga dramatis itu turut merasai kedukaan ditanggung.

WAJAH pilu Amyza semasa hari pengebumian Andre Selasa lalu.

Selain kisah Amyza, antara pemergian tragis ahli keluarga artis adalah penyanyi Zaiton Sameon yang terlibat dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali apabila meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, 13, pada 21 Februari 1990.

Kisah tragis turut dilalui seniwati senior, Datuk Fauziah Nawi apabila anak sulungnya, Pitt Hanif juga seorang pengarah ditemui meninggal dunia akibat lemas ketika memancing oada Oktober 2009. Kehilangan anak permata hati meninggalkan patut emosi yang cukup mencengkam buat ibu bapa, seorang ibu terutamanya. Lihatlah bagaimana kasih Fauziah Nawi yang saban waktu terus menerus membuat perkongsian tentang kenangan dan doa buat si jantung hati yang terlebih dahulu dijemput Ilahi.

KEMATIAN Pitt Hanif pada Oktober 2019 menjadi episod duka yang takkan lupus dari ingatan Fauziah Nawi.

HibGlam minggu ini mengimbas kembali lima lagi selebriti tanah air yang kehilangan permata hati sama akibat ditimpa kemalangan atau serang penyakit tertentu.

LINDA RAFAR

PELAKON Linda Rafar berhadapan kehilangan anak keduanya, Rezaimen Keifli yang meninggal dunia pada 5 Julai 2014. Pemergian arwah atau panggilannya Memen yang ketika itu berusia 12 tahun adalah disebabkan ketumbuhan kronik dalam perut.

Allahyarham yang merupakan zuriatnya bersama bekas suami iaitu bekas pelumba kereta, Keifli Othman disifatkan sebagai anak yang baik. Empat tahun kemudian, kerinduan terhadap arwah diungkapkan menerusi lagu berjudul Satu Lagi ciptaan Edry KRU.

SAFURA

MENEMPUH kehilangan berganda dalam hidupnya, pelakon Safura Ya’cob bukan calang-calang ibu apabila terus tabah diuji dengan pemergian dua zuriat kesayangan pada 2011 dan 2021.

Anak perempuannya dengan aktor Sahronizam, Nur Aisyah Mariam baru berusia tiga tahun ketika menghembuskan nafas terakhir akibat demam berpanjangan pada 12 September 2011. Pada 11 Oktober 2021, ibu kepada tujuh anak itu kehilangan pula permata hati daripada perkahwinannya yang terdahulu iaitu Noor Shafiela berusia lingkungan 20-an. Begitupun, punca pemergian gadis yang manja dengan panggilan Not itu tidak dikongsi secara terperinci kepada umum.

AYU RAUDHAH

ANAK bongsu kepada pelakon Ayu Raudhah, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, meninggal dunia dalam tidur pada 11 Februari 2025.
Bayi yang baru berusia enam bulan itu dipercayai tersedak susu di rumah mereka sebelum dikejarkan ke Hospital Rembau, Negeri Sembilan, namun disahkan sudah meninggal dunia. Allahyarham merupakan anak bongsu daripada tujuh bersaudara juga zuriat hasil perkahwinan Ayu dengan bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha.

NORA ARIFFIN

ANAK kedua penyanyi Datuk Nora Ariffin, Muhammad Syakir Alif Johan, meninggal dunia secara mengejut pada pagi 13 Disember 2019 di kediaman mereka. Ketika itu, Syakir berusia 20 tahun. Difahamkan, peserta Top 20 Mentor Milenia 2019 dan ahli Voices of Ummi berhadapan dengan masalah kesihatan yang dipercayai melibatkan faktor genetik.

RAHMAD MEGA
Anak bongsu hasil perkahwinan penyanyi, Rahmad Mega dengan bekas isteri, pelakon Ainina Ahmad B iaitu Nur Ara Elisya, 15, menghembuskan nafas terakhir pada 22 Jun 2025. Rahmad mendedahkan Allahyarham Nur Ara Elisya yang juga anak istimewa (OKU) menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN