fbpx
Lokasi letupan bom yang mengakibatkan seorang guru cedera di Yala, Thailand petang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Guru cedera terkena letupan bom pertama pada bulan Ramadan di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YALA, THAILAND – Seorang guru wanita warga tempatan cedera selepas terkena serpihan bom yang meletup dalam kejadian di Jalan Ban Pako dekat sini semalam.

Letupan kira-kira pukul 3.14 petang itu berlaku ketika wanita tersebut sedang menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.

Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, pihak tertentu menanam bom buatan sendiri (IED) dipercayai untuk disasarkan kepada anggota pasukan keselamatan.

Katanya, bagaimanapun, bom tersebut terkena orang awam sehingga menyebabkan mangsa cedera pada bahagian kaki sebelum dihantar ke Hospital Yala di sini untuk rawatan lanjut.

“Ini merupakan insiden letupan bom pertama yang berlaku di Yala dan Wilayah Selatan Thailand ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan.

“Pihak berkuasa percaya ia dilakukan kumpulan pemisah untuk mengganggu ketenteraman awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber ISOC 4 itu memberitahu, kejadian tersebut berlaku secara kebetulan ketika pihak berkuasa mempertingkatkan kawalan keselamatan di seluruh Yala.

Katanya, langkah tersebut dijalankan susulan maklumat risikan mendedahkan kemungkinan ada serangan daripada kumpulan pemisah dalam masa terdekat.

“Sepasukan anggota renjer yang sedang menjalankan operasi pada Khamis lalunmenemukan alat menyerupai IED yang disembunyikan di dalam semak berhampiran jambatan Sungai Saiburi di Daerah Raman di sini.

“Operasi itu merupakan hasil daripada risikan bersepadu untuk mengesan pergerakan luar biasa anggota kumpulan pemisah di Yala yang dipercayai merancang serangan terhadap anggota pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI