fbpx
CITY perlu memastikan mereka memenangi kesemua baki perlawanan musim ini bermula aksi menentang Leeds untuk merangkul gelaran EPL. - AFP

EPL: Perasaan Guardiola resahkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester City berazam untuk terus memberikan tekanan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal ketika mereka bakal ke Elland Road berdepan Leeds United awal pagi esok.

City ketika ini ketinggalan dua mata di belakang Arsenal yang bakal bertemu Chelsea sekali gus membuka ruang untuk mereka terus mengasak apabila rekod pertemuan menentang Leeds memihak skuad kendalian Pep Guardiola itu.

Bagaimanapun, aksi pertama pada November lalu menyaksikan City tidak berdepan laluan mudah berdepan Leeds apabila mereka sekadar menang 3-2 menyebabkan mereka perlu berhati-hati.

Leeds berjaya keluar dari zon penyingkiran dengan kelebihan enam mata dan berjaya mencuri mata ketika aksi berdepan Aston Villa, Chelsea, Liverpool dan Manchester United sebelum ini menyebabkan City juga berdepan risiko yang sama.

Guardiola sebelum ini juga memberi bayangan bahawa City berdepan kesukaran untuk meraih semua kemenangan pada baki perlawanan EPL musim ini.

“Banyak perkara akan berlaku. Saya mempunyai perasaan bahawa kami tidak mampu menang semua perlawanan. Piala FA dan Liga Juara-Juara akan mengundang masalah, banyak perlawanan yang akan dilalui dan kecederaan akan datang.

“Jalan terbaik ketika ini adalah ‘relax’ dan fokus berdepan Leeds, kemudian kita akan lihat. Ia bergantung kepada tahap kami, pasukan perlu menjadi lebih baik. Kami memiliki ramai pemain baharu dan proses menyesuaikan diri itu belum matang.

“Kami perlu meningkat, setakat ini belum cukup. Bersaing di EPL untuk memenangi gelaran anda perlukan persediaan yang rapi, kali ini kami harus bersedia untuk meraih tiga mata,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN