fbpx
PASUKAN penyelamat berada di lokasi nahas pesawat tentera di El Alto semalam. – AFP

C130 Hercules terhempas di jalan raya, orang ramai berbondong-bondong kutip wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LA PAZ  – Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh apabila sebuah pesawat kargo  milik tentera Bolivia yang membawa wang kertas terhempas semasa mendarat dekat ibu negara, La Paz semalam, kata pihak berkuasa.

Pesawat  pengangkut C-130 Hercules itu terbabas dari landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa El Alto dan terhempas di jalan raya, menyebabkan beberapa buah kereta musnah dan trak rosak, demikian menurut media tempatan.

Pegawai Jabatan Bomba Kebangsaan, Kolonel Pavel Tovar berkata, antara 15 dan 16 orang yang terbunuh dikira dalam nahas itu.

“Kami masih mengumpul mayat mangsa kemalangan ini,” katanya.

Kementerian Pertahanan Bolivia mengesahkan nahas berlaku tanpa memberi butiran lanjut, namun, menurut beberapa laporan, sekurang-kurangnya 24 yang lain cedera.

Kematian direkodkan di lapangan terbang dan di jalan raya yang sibuk di mana pesawat terhempas itu melanggar sejumlah kenderaan. Serpihan pesawat yang remuk dilihat di atas jalan.

Pihak Berkuasa Penerbangan dan Lapangan Terbang Bolivia (NAABOL) berkata,  C-130 itu berlepas dari bandar  Santa Cruz di timur Bolivia dan terhempas semasa mendarat di El Alto.

Pesawat C-130 Hercules buatan syarikat Lockheed Martin  itu membawa wang kertas Bolivia, yang bertaburan akibat impak.

Rakaman  media tempatan menunjukkan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang menghampiri lokasi nahas untuk mengambil wang

Punca nahas tidak diketahui.

La Paz yang berada  pada ketinggian 3,650 meter dan dikelilingi oleh puncak Banjaran Andean, adalah ibu negara pentadbiran tertinggi  dunia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN