fbpx
Gambar hiasan.

Bapa bawak anak 13 tahun curi paip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang sanggup melibatkan anak remajanya dalam kegiatan jenayah akhirnya memakan diri apabila kedua-duanya ditahan selepas didapati mencuri komponen paip di lorong belakang sebuah bangunan di Jalan Lambak, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima satu laporan berhubung kegiatan tersebut pukul 12.40 tengah hari berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Polis Kluang membuat tangkapan dan rampasan terhadap dua lelaki tempatan pada pukul 5.40 hari yang sama di tepi jalan Haji Abdul Aziz Awab, Kluang Baru.

“Suspek pertama merupakan lelaki berusia 38 tahun manalaka seorang lagi suspek adalah anaknya berusia 13 tahun tetapi tidak bersekolah.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pertama mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan tiga kes dadah manakala anaknya tiada sebarang rekod,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Bahrin lagi, ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua tangkapan didapati negatif dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN