fbpx
Kayu gaharu Malaysia yang dibuka untuk jualan semahal RM310,000 bagi pengeluaran 300 gram cecair wangian.

[VIDEO] Pak Arab buka harga RM310,000 untuk kayu gaharu Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kayu gaharu dari Malaysia sekali lagi mencuri perhatian apabila seorang usahawan dari sebuah negara Arab mendedahkan sanggup membayar sehingga RM310,000 bagi mendapatkan bahan mentah tersebut.

Menerusi satu perkongsian tular di media sosial, lelaki Arab itu menunjukkan seketul kayu gaharu dari Malaysia yang belum diproses menjadi minyak wangi.

Menurutnya, kayu gaharu berkualiti tinggi dari Malaysia dianggap antara yang paling mahal dan terbaik di dunia berikutan aromanya yang lebih pekat, tahan lama serta eksklusif.
“Ini kayu dari Malaysia. Harga boleh cecah RM310,000. Kualitinya memang terbaik,” katanya dalam rakaman tersebut.

Difahamkan, daripada kayu berkenaan, hanya kira-kira 300 gram pati atau cecair wangian tulen dapat dihasilkan selepas melalui proses penyulingan yang rumit dan memakan masa.

Lebih mengejutkan, kuantiti yang sedikit itu mampu dijual pada harga jauh lebih tinggi di pasaran Timur Tengah, khususnya bagi penghasilan minyak wangi premium.

Malaysia sememangnya terkenal sebagai antara pengeluar gaharu berkualiti tinggi dunia, terutama spesies Aquilaria yang banyak ditanam di beberapa negeri termasuk di Pahang dan Terengganu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bangga melihat hasil bumi negara mendapat pengiktirafan antarabangsa, malah ada yang menyifatkan gaharu sebagai ‘emas hitam’ baharu Malaysia.

“Patutlah mahal, 300 gram saja dapat. Memang eksklusif,” komen seorang pengguna media sosial.- KOSMO! ONLINE

@scentisphere Watch till the end to see why this Malaysian Oud is worth $70,000! 🏆 🔥 One of the rarest and most expensive fragrance ingredients in the world. Would you ever spend this much? #oud #luxuryfragrance #expensive #expensivetaste #fragrance ♬ original sound – Scentisphere | Cologne Expert

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN