fbpx
Tangkap layar video pengawal keselamatan mendapat angpau sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

[VIDEO] Mahu jadi guard lepas tengok ‘secekak’ angpau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan mencuri perhatian ramai apabila menerima angpau dalam jumlah yang banyak sehingga tular dalam media sosial sejak semalam.

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki warga Nepal yang bertugas di sebuah kawasan perumahan elit tersebut dilihat memegang sampul berwarna merah yang berisi wang kertas termasuk not RM100.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan ‘pendapatan’ lelaki asing tersebut selain berseloroh mahu menukar kerjaya sebagai pengawal keselamatan di kawasan perumahan terbabit.
“Angpau orang kaya bagi bukan RM1, RM2 ya, bos aku bagi (angpau) RM300,” kongsi Radiant.

Seorang lagi pengguna Love_Nunez_ memberitahu, dia mula terfikir untuk menukar kerjayanya selepas melihat jumlah angpau yang diterima jaga tersebut.

Dalam pada itu, ada pengguna media sosial yang memuji sikap pemurah penduduk yang menghargai khidmat pengawal keselamatan tanpa mengira bangsa.

“Mereka buat kerja bagus sebab itu penduduk hargai,” kata ZaichBeiwan.

“Alhamdulillah rezeki dia,” tulis pengguna TikTok NN.

Sehingga kini, video lelaki tersebut meraih lebih 188,200 tontonan, 6,882 tanda suka dan 3,940 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

@nasilemakdaily Forget business plans. I’m applying as a security guard in a T20 area before CNY next year Read Article on our website! click link on our bio now! Source : Threads | @hisham.buyong For credit or anything related to the video, you can DM me first, okay 📷 #NasiLemakDaily #NLDlifestyle #CNY #angpao2026 #securityguard #money ♬ original sound – Nasi Lemak Daily

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN