PETALING JAYA – Hujan lebat berterusan sejal awal pagi kelmarin menyebabkan menyebabkan sebahagian kawasan tanah perkuburan di Maqam Jidah Nur, Pantai Dalam di sini ditenggelami air sehingga paras pinggang. Penyelia kubur, Yusman Nordin, 59, berkata, kejadian itu disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku sepanjang beliau bertugas di tanah perkuburan berkenaan. “Air naik tinggi dan bertakung. Tahun 2026 ini paling teruk. Dulu ada juga banjir, tapi tidak macam ini,” katanya ketika ditemui di lokasi. Menurutnya, hujan lebat bermula kira-kira pukul…













