fbpx
Tangkap layar Samantha bersama keluarga mencuba nasi kerabu dan pulut ayam di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

[VIDEO] Baju kamu akan mengecil jika berada di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pelancong Ireland yang tiba di Malaysia bersama suami dan anak lelakinya memaklumkan pakaiannya akan mengecut sekiranya berkunjung ke negara ini.

Samantha Smith berkata, keadaan itu berlaku bukan disebabkan cuaca panas di negara ini, sebaliknya makanannya yang sedap dan lazat.

“Ingat jika anda nak datang ke Malaysia, bersedialah pakaian anda akan mengecil, Malaysia syurga makanan. Kita tidak akan katakan tidak kepada makanan di sini.
“Saya juga terkejut, perkara ini perlu diberi perhatian sebab pakaian kami sekeluarga semuanya sudah mengecut disebabkan makanan di sini semuanya enak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tiga beranak itu kini dalam misi percutian di Malaysia dengan melawat beberapa negeri antaranya Kuala Lumpur, Perak dan kini di Pulau Pinang.

Dalam beberapa video sebelum ini, Samantha menjelaskan, anak lelakinya agak sukar untuk makan, namun kelihatan berselera sebaik tiba di Malaysia.

“Cukup berbeza, anak saya boleh makan atau mencuba semua makanan Malaysia. Saya agak risau bila kami pulang ke Ireland nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI